Mari Mengenal Komputer bersama TABIKA KEMAS
6 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar (s) telah mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak tadika berumur empat sehingga enam tahun bertempat di TABIKA KEMAS Kurung Tengar. Aktiviti ini diadakan pada waktu sekolah iaitu pada pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tadika tentang penggunaan komputer dan perkakasan komputer yang terdapat di tadika tersebut. Aktiviti ini dimulakan dengan tayangan video pembelajaran mari mengenal perkakasan komputer. Kemudian, mereka diberi latihan dengan menyebut kembali perkakasan yang telah diajar yang dipaparkan pada skrin supaya mereka dapat mengingati nama perkakasan tersebut.. Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak tadika ini mendapat pendedahan awal tentang komputer dan fungsi perkakasan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: